~maWaddAh~


jaulah sang murabbi

Langkah Sang Murabbi Slideshow: Aiesyaa’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 12 cities including Australia, New York City, New Zealand, Egypt, Beijing, Jordan, Syria, Terengganu, American Canyon and Kelantan was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Pages

Saturday 7 April 2012

BAB 3: TAFSIR PADA ZAMAN PEMBUKUAN


BAB 3: TAFSIR PADA ZAMAN PEMBUKUAN


Tafsir pada zaman Tabiin



Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat. Pada peringkat ini ulasan terhadap sesuatu ayat mula ditulis dan dibukukan. Pada zaman ini perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat. Pada terdapat tiga kumpulan besar pengajian tafsir.
(a)Madrasah Ibnu Abbas di Mekah
Antara ulama tafsir di kalangan tabiin yang terkenal ialah Said bin Jubir(m94H), Mujahid bin Jabr(m103H), Ikrimah al-Barbariy(m105H), Tawus bin Kaysan(m106H) dan Ata bin Abi Rabah(m114H).
Mujahid adalah antara para Tabiin yang menerima seluruh tafsir daripada sahabat, sebagaimana yang dikatakan oleh Mujahid.
“Aku baca seluruh Isi al-Quran kepada Ibn Abbas , aku berhenti pada setiap ayat dan menanyakan makna kepada beliau.”( Usul al-Tafsir.hal3)
(b) Madrasah Abdullah bin Masud di Kufah.
Antara pengikut Ibn Masud yang terkenal ialah al-Qamah bin Qays(m102H), Masruq(m63H), al-Aswad binYazid(m75H), Marrah al-Hamdani(m76H), Amir al-Sya’bi(m109H), Hassan al-Basri(m110H) dan Qatadah(m117H)
(c) Madrasah Ubay bin Kaab di Madinah
Pengikut kelompok ini yang paling terkenal ialah Abu al-Aliyah(m90H), Muhammad bin Kaab al-Quraziy(m118H) dan Zaid bin Aslam(m136H)
Daripada ketiga-tiga madrasah ini, mereka yang paling arif tentang tafsir ialah pengikut madrasah Mekah seperti yang disebut oleh Ibnu Taymiyyah:
“ Manakala dalam bidang Tafsir, mereka yang paling arif ialah penduduk Mekah kerana mereka adalah pengikut Ibnu Abbas seperi Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah, …
Pada zaman tabiin usaha-usaha menulis, menghimpun dan mengumpulkan pentafsiran para sahabat terhadap ayat-ayat al-Quran bermula(al-Buti74)
Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa Ibn Abi Malikat pernah berkata:
“ Aku melihat Mujahid bertanya Ibnu Abbas tentang tafsir al-Quran dan dia bawa bersama-samanya papan tulis. Kata Ibnu Abbas kepadanya: “ Tuliskan… sehingga dia bertanya Ibn Abbas tentang tafsiran ayat semua sekali.
Riwayat ini menunjukkan bahawa penulisan dan pembukuan tafsir telah mula berlaku. Namun kita tidak dapat memastikan siapakah orang yang pertama membukukan tafsir.
Nilai Tafsir Zaman tabiin
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tafsir pada zaman sahabat adalah bergantung kepada al-Quran, al-Hadith dan ijtihad sahabat dalam keadaan tertentu dibantu penguasaan bahasa Arab pada tahap yang tinggi, pengetahuan tentang sebab turun ayat di samping ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tafsir pada zaman tabiin juga masih mengikut metodologi pentafsiran para sahabat Cuma perselisihan pada zaman tabiin adalah lebih luas .
Antara perkembangan yang berlaku pada zaman tabiin:
(a)Riwayat ahli kitab menjadi salah satu sumber tafsir mereka.
(b) Kemunculan mazhab pada zaman tabiin member impak kepada tafsir
(c) Asas kepada tafsir bi al-Ray (dengan akal pemikiran) seperti yang dilihat dalam tafsiran Mujahid
Faktor Kelemahan Tafsir Pada zaman selepas Tabiin
(a)Kemasukan riwayat Israiliyat dalam Tafsir
Israiliyyat bermaksud berita-berita umat terdahulu atau akan datang yang diriwayatkan dari sumber ahli kitab sama ada Yahudi atau Kristian.
Contoh riwayat Israiliyyat dalam tafsir:
a)Nama Ashab al-kahf dan warna anjing mereka
b)Kayu tongkat nabi Musa dibuat dari apa?
c)Nama-nama burung yang dihidupkan Allah bagi nabi Ibrahim
d) Penentuan anggota badan lembu yang dijadikan pemukul untuk memukul orang-orang yang terbunuh
Riwayat Israiliyyat menjadi satu dari ciri tafsir pada zaman tabiin. Ini disebabkan oleh faktor ramai dari kalangan ahli kitab yang memeluk Islam menyebabkan banyak riwayat-riwayat yang bertentangan meresap dalam tafsir. Kemasukan riwayat tersebut juga berpunca dari pengguguran sanad dalam tafsir Muqatil bin Sulayman dalam tafsirnya. Beliau telah menggugurkan sanad dan memasukkan riwayat ahli kitab.
Tiga tokoh tabiin yang banyak memasukkan riwayat Israiliyyat ialah: (Lihat Ibnu Taymiyyah: Usul al-Tafsir hal.28)
(a)Kaab bin al-Ahbar
Beliau ialah Abu Ishak, Kaab bin Mati’ al-Himyari. Asalnya seorang Yahudi daripada Yaman dan memeluk Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab ranhu. Kemudian berhijrah ke Syam dan meninggal dunia di Hims tahun 32Hijrah.
(b)Wahab bin Munabbih
Beliau seorang yang thiqah dan saduq, sanat banyak meriwayatkan daripada riwayat Israiliyyat
c) Muhammad bin Ishak
Beliau ialah Muhammad bin Ishak Yasir diperselisihkan dari segi thiqahnya tetapi kebanyakan mengatakan beliau adalah thiqah dan merupakan pandangan yang kuat.
Walaupun ketiga-tiga tokoh ini thiqah, apabila mereka meriwayatkan riwaya Israiliyyat maka kita akan meriwayatkannya
Hukum riwayat Israiliiyat
Pandangan pertama: Dilarang meriwayatkannya secara mutlak. Golongan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran dan hadith. Pandangan ini merupakan pandangan ahli tafsir semasa seperti Dr.Solah al-Khalidi, Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Muhammad Husayn al-Dhahabi
Dr. Solah al-Khalidi telah menyebut lebih dari 17 dalil dari al-Quran, hadith dan kata-kata sahabat yang menyokong larangan riwayat Israiliyyat.
Syaikh Ahmad Syakir pula menyebut:
“ Keharusan meriwayatkan dari ahli kitab pada perkara-perkara yang kita tidak mempunyai dalil tentang kebenaran atau kepalsuannya satu perkara, manakala periwayatannya dalam tafsir dan menjadikannya sebagai satu pandangan atau makna kepada ayat atau menentukan sesuatu yang tidak dijelaskan dalam al-Quran satu perkara yang lain.
Meletakkan riwayat tersebut di samping kalam Allah, sedangkan riwayat-riwayat Israiliyyat tidak layak untuk menjelaskan maksud kalamullah, menghuraikan sesuatu yang umum di dalam al-Quran. Takutlah kepada Allah dari menulisnya di samping ayat Allah.
Walaupun rasul saw memberi keizinan kepada kita menyebut riwayat mereka tanpa membenarkan dan mendustakannya, Maka apakah layak untuk kita meletakkannya standing dengan kitab Allah sebagai penjelasan atau tafsiran?
Dr. Muhammad Husyan al-Dhahabi ketika mengulas pandangan syaikh Ahmad Syakir menyebut:
“ Saya cenderung kepada pandangan ini bagi memelihara kitab Allah dari perkara-perkara yang tidak berfaedah
Pandangan kedua: Golongan yang mengharuskan meriwayatkan Israiliyyat tanpa syarat
Pandangan ketiga: Golongan yang meletakkan syarat untuk meriwayatkan Israiliyyat
Hujah Golongan Pertama:
Dalil dari al-Quran sangat banyak antaranya.
(a) Orang Yahudi mengubah-ngubah ayat Allah menyebabkan mereka tidak amanah dari segi sejarah
Firman Allah:
41. dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong[415] dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu[416]; mereka merobah[417] perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. mereka mengatakan: “Jika diberikan Ini (yang sudah di robah-robah oleh mereka) kepada kamu, …
[415] maksudnya ialah: orang Yahudi amat suka mendengar perkataan-perkataam pendeta mereka yang bohong, atau amat suka mendengar perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada pendeta-pendeta dan kawan-kawan mereka dengan cara yang tidak jujur.
[416] Maksudnya: mereka amat suka mendengar perkataan-perkataan pemimpin-pemimpin mereka yang bohong yang belum pernah bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w. Karena sangat benci kepada beliau, atau amat suka mendengarkan perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan secara tidak jujur kepada kawan-kawannya tersebut.
[417] Maksudnya: merobah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.
Surah al-Maidah :41
(b) Larangan al-Quran bertanya kepada ahli kitab tentang berita umat terdahulu
Firman Allah:
22. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.
Surah al-Kahf ayat 22
(c) Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata tanpa ilmu
Firman Allah:
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Surah al-Isra’ ayat 36
Manakala hadith yang melarang antaranya:
(a)Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah berkata: Adalah ahli kitab membaca kitab taurat dalam bahasa Ibri dan menghuraikannya dalam bahasa Arab kepada orang Islam. Sehubungan dengan ini rasul saw bersabda:
“Jangan kamu benarkan ahli kitab dan jangan kamu dustakan, dan katakanlah kami beriman kepada Allah dan kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami.
(b) Hadith rasulullah saw yang melarang Saidina Umar membaca kitab Taurat
Hujah golongan yang mengharuskan:
Antara hujah yang menjadi sandaran golongan ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abdullah bin Amru bin al-As R.Anhuma berkata: Sampaikan dariku walaupun satu ayat, bawalah riwayat dari Bani Israel dan janganlah kamu berasa bersalah. Sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku maka dia menempah tempat di neraka.[ al-Bukhari: Kitab Ahadith al-Anbiya’:60, Bab Ma Dhukira An Bani Israel, hadith. No. 3461.
Berdasarkan hadith ini, mereka melihat harus bagi orang Islam menyebut riwayat daripada Bani Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan.
Ringkasnya pendapat ini tertolak dengan melihat rumusan yang dibuat oleh Dr Solah al-Khalidi setelah menyebut pandangan-pandangan berkaitan hadith ini dengan merumuskan maksud sebenar hadith ini ialah sampaikan kepada orang Islam tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Bani Israel, dan jelaskan kepada mereka tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel kerana sejarah mereka yang penuh dengan kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka. Pendedahan tentang kesalahan yang dilakukan oleh Bani Israel tidaklah menjadi satu kesalahan dengan syarat membersihkan para nabi dan orang yang soleh di kalangan mereka dari melakukan penyelewengan dan kesilapan.
Kesimpulan berhubung riwayat Israiliyat, keharusan meriwayatkan dari Bani Israel tidak bermakna memberi keharusan kepada kita untuk menjadikannya sebagai riwayat ketika mentafsirkan al-Quran.
Jenis-jenis Israiliyyat
(a)Apa yang diketahui kesahihan berdasarkan ilmu yang ada pada kita.
Contoh:
“Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.Anhu berkata,
“ Bumi pada hari Qiamat akan ditelengkup oleh Allah yang maha perkasa dengan kekuasaan-Nya sehingga menjadi seperti roti sebagaimana kamu menguli roti kamu ketika kamu bermusafir . Demikianlah Allah menyediakan tempat untuk ahli syurga.
Lantas nabi saw didatangi oleh seorang lelaki Yahudi lalu berkata:
“Allah memberkatimu wahai Aba al-Qasim. Bolehkah aku beritahu kepadamu bahawa bumi akan dilipatkan menjadi seperti sekeping roti- seperti yang diperkatakan oleh nabi saw-“
Kemudian nabi SAW memandang kepada kami kemudian ketawa sehingga nampak gigi taringnya.’
(b) Apa yang dikatahui bercanggah dengan syariat Islam
Contoh: Riwayat dalam Safar Keluar tuduhan orang Yahudi bahawa nabi Harun yang membuat patung dari lembu dan memerintahkan kepada Bani Israel untuk menyembah patung lembu tersebut dan riwayat dalam Safar kejadian bahawa Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari dan Allah berehat pada hari ke-7 iaitu hari Sabtu kerana letih. Kedua-dua riwayat ini jelas bertentangan dengan Islam.
(c)Apa yang tidak dibincangkan dalam syariat Islam dan ianya tidak ada dalil yang menyokong atau menyanggahnya seperti riwayat Israiliyyat berhubung perincian kisah lembu bani Israel dalam surah al-Baqarah seperti siapakah lelaki yang membunuh dan bahagian daging lembu yang digunakan oleh nabi Musa ketika memukul si mati, warna anjing yang dimiliki oleh Ashab al-Kahf, ukuran bahtera yang dinaiki oleh Nabi Nuh dan dari kayu apa ianya dibuat? Jawapan kepada persoalan-soalan ini tidak ada penghujungnya kerana kita tidak mempunyai apa-apa dalil untuk menyokong atau menolaknya
Menurut Ibnu Taymiyyah kebanyakan israiliyyat dalam bentuk yang ketiga tidak ada manfaat yang dapat diambil mengenai perkara-perkara agama. Riwayat-riwayat ini menurut Dr. Adnan Zarzur ketika mengulas kitab Muqaddimah fi usul al-Tafsir sebagai mengotori halaman-halaman kebanyakan kitab tafsir.
(b) Pengguguran sanad
Pada peringkat awal pembukuan dan penulisan tafsir, tokoh-tokoh seperti Sufyan bin Uyaynah dan Waki’ bin al-Jarah menyebut sanad, kemudian golongan yang datang selepas mereka mula menggugurkan sanad dan tidak menyandarkan tafsiran kepada periwayatnya. Mereka juga tidak begitu peduli tentang riwayat yang sohih atau sebaliknya menyebabkan berlakunya percampuran antara riwayat yang sohih dan tidak sahih dalam kitab tafsir.
(c) Pemalsuan dalam riwayat tafsir
Pada zaman selepas tabiin, kemunculan aliran pemikiran aqidah yang menyeleweng telah mengakibatkan terciptanya hadith-hadith palsu dan pembohongan dalam periwayatan tafsir. Mazhab-mazhab tersebut telah mentafsirkan ayat dengan memberikan takwilan yang menyeleweng dan menisbahkan pandangan tersebut kepada tokoh-tokoh seperti Ibnu Abbas sehinggakan Imam al-sayie menyebut: Tidak ada riwayat yang thabit dari Ibnu Abbas dalam tafsir kecuali lebih kurang seratus hadith.
(b)Zaman pembukuan yang sebenar
Berikut adalah perkembangan tafsir selepas pembukuan seperti yang disebut oleh Ustaz Ahmad Rida di dalam muqaddimah tafsirnya Majma al-Bayan
Kurun ke-3 hijrah
Muhammad bin Jarir al-Tabari( Jami’ al-Bayan)
Kurun ke-4 hijrah
a)al-Naysaburi
b)Abu Hasan al-Asari
c)Ali bin Isa al-Rummani
d)Abu Hilal al-Askari
e)Abdullah bin Muhammad al-Kufi
f)Ibn Hibban
g)Ibn Furak
Kurun ke-5 hijrah
a)Abu Jaafar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi
b)Al-Sayyid al-Syarif al-Rida al-Musawi
Kurun ke-6 hijrah
a) al-Zamahsary( Tafsir al-Kasyaaf)
b) Abu Ali Al-Fadl bin Hassan al-Tabarsi(Majma’al-Bayan)
c)Abu al-Baqa’ al-Abkari
d)Abu Muhammad al-Baghawi
e)Ibn al-Dahhan
Kurun ke-7 hijrah
a) al-Baydawi(Anwar al-Tanzil)
b) Ibn Razin
c) Syaikh Muhyi al-Din bin al-Arabi( al-Futuhat)
d)Ibn ‘Aqil
e)Muhammad bin Sulayman al-Balkhi @ ibn al-Naqib
Kurun ke-8 hijrah
a) Syaikh Badr al-Din al-Zarkasy
b)Ibn Kathir Ismail bin Umar
c)Abu Hayyan al-Andalusi( Bahr )
d)Muhammad bin Irfah al-Maliki@Ibn al-Naqqasy
Kurun ke-9 hijrah
a) al-Biqai(Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwar)
b)Al-Mawla al-Jami
c)Burhan al-Din bin Jamaah
d)Ala al-Din al-Qarmani ( Bahr al-Ulum)
e) Jalal al-Din al-Sayuti
Kurun ke-10 hijrah
a) Syaikh Ali bin Yunus al-Nabati(Mukhtasar Majma’ al-Bayan)
b)Al-Allamah Ibn Kamal Basya Ahmad bin Sulayman Al-Rumi
c)Abu Saud al-Imadi( Irsyad al-Aql Al-Salim Ila Mazaya al-Kitab al-Karim
d) Syaikh Abu Yahya Zakariyya bin Muhammad al-Ansari
Kurun ke-11 hijrah
a) Syaikh Ali al-Qari
b)Syaikh Hassan al-Burini
c)Syaikh Baha’ al-Din al-Amili(Ayn al-Hayah)
d) Syaikh Khayr al-Din al-Ramali
e)Al-Syihab al-Khafaji
Kurun ke-12 hijrah
a) Syaikh Abd al-Ghani al-Nabilsi(Tahrir al-Hawi fi Syarh Tafsir al-Baydawi)
b)Sayyid Hasyim al-Bahrani(Al-Burhan fi Tafsir al-Quran)
Kurun ke-13 hijrah
a) al-Alusi( Ruh al-Maani)
b)al-Sayyid Mahmud al-Hamzawi
Kurun ke-14 hijrah
a) Syeikh Muhammad Abduh
b)Syeikh Muhammad Rasyid Rida(al-Manar)

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews