~maWaddAh~


jaulah sang murabbi

Langkah Sang Murabbi Slideshow: Aiesyaa’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to 12 cities including Australia, New York City, New Zealand, Egypt, Beijing, Jordan, Syria, Terengganu, American Canyon and Kelantan was created by TripAdvisor. See another United States slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Pages

Saturday 7 April 2012

Bab 5: Tafsir Bi al-Ra’y al-Mahmud


Bab 5: Tafsir Bi al-Ra’y al-Mahmud


Bab 5 Tafsir al-Quran bi Al-Ray al-Mahmud
Tafsir al-Quran bermaksud tafsir al-Quran dengan menggunakan akal fikiran. Tafsir ini juga dinamakan dengan tafsir al-Aql atau tafsir al-Nazari(تفسير العقلى/ النظري
Tafsir bi al-Ray terbahagi kepada dua:
(a)Tafsir bi al-Ray al-Mahmud
Definisi: Tafsir yang berlandaskan ilmu pengetahuan yang mantap dalam bahasa Arab,kaedah perundangan dan asas-asas agama termasuk ilmu usul fiqh, ilmu hadith dan sebagainya. Ia juga tidak bertentangan dengan sumber yang sahih, akal yang sejahtera, ilmu yang pasti dan berusaha keras untuk mencari kebenaran, membersihkan diri daripada hawa nafsu  serta mengingati Allah terhadap apa yang diperkatakan.

b) Tafsir bi al-Ray al-Mazmum
Pentafsiran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak berkelayakan untuk mentafsir ayat-ayat al-Quran atau dengan menyokong mazhab yang sesat. Tafsir jenis ini berdasarkan sumber yang palsu atau meragukan dan tidak mempunyai asas yang jelas.
Perbincangan berkaitan tafsir  ini akan dibincangkan dalam bab yang berikutnya.

Kedudukan Tafsir bi al-Ra’yi
Para ulamak telah berselisih pendapat mengenai persoalan ini. Satu golongan berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Bagi mereaka al-Quran hanya perlu ditafsirkan dengan sumber yang ma’thur sahaj. Sementara golongan lain pula berpendapat  harus mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad. Ia tidak bermakna mengenepikan sumber-sumber yang terdahulu  yang lebih baik dan sahih, malah ini adalah pilihab terakhir setelah sumber-sumber asli tidak dapat diperolehi.
Hujah Golongan yang menentang
Pertama: Golongan yang menetang menggunakan argumentsi akal dalam menegakkan pendapatnya. Mereka berpendapat mentafsirkan al-Quran dengan pendapat atau ijtihad beerti menyatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu pengetahuan dan ini tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam. Seseoranل mufassir yang mentafsir al-Quran dengan ijtihad tidak dapat menyakiniorang lain bahawa ijtihad itu benar.Mungkin ada mufassir yang hanya menyangka ijtihadnya betul menurut sangkaannya sahaja, sedangkan perkara ini tidak dibenarkan. Dalilnya :
Al-Isra’ : 36
Maksudnya : “ Dan janganlah kamu mengikut apa yang kamu tidak mempunyai pengetahunan tentangnya.”
Firman Allah:
Al-A’raf 33  
33.  Katakanlah: “Tuhanku Hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.”

Kedua : Larangan mentafsirkan  al-Quran dengan pendapat dan  ijtihad adalah berdasarkan firman Allah SWt : al-Nahl : 44
Maksudnya : “ Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang member peringatan , supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturnkan kepada mereka.”
Arahan dalam ayat di atas ditujukan kepada Rasulullah saw dan tidak kepada orang lain. Oleh itu hak untuk menerangkan ayat-ayat al-Quran adalah terbatas kepada Baginda sahaja, manakala orang lain hanya berhak menyebarkan penerangan yang ternyata benar daripada rasulullah saw . Alasan ini tidak dapat diterima memandangkan Rasulullah saw telah wafat sedangkan tidak semua ayat di dalam al-Quran telah dijelaskan oleh Rasululllah saw.
Ketiga: Golongan ini juga berdalilkan kepada hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ibn Abbas:

Maksudnya : “ Berwaspadalah bercakap mengenaiku kecuali apa yang kamu ketahui. Sesiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka sediakanlah tempatnya dalam neraka dan sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pandangannya sendiri maka sediakanlah tempatnya dalam neraka.”
Dan sabda Rasulullah saw lagi:
Maksudnya : “ Sesiapa yang berkata mengenai al-Quran dengan pendapatnya sendiri lalu ia betul, sesungguhnya ia adalah salah.”
Larangan yang terdapat dalam hadith Rasulullah saw ini adalah kepada mereka yang menggunakan pandangan sendiri dalam perkara yang musykil dan mutsyabihat dalam al-Quran. Pandangan yang dikemukakan adalah bersifat peribadi tanpa diasaskan kepada bukti yang kukuh , tetapi disandarka kepada zahir bahasa Arab.
Keempat : Menolak pentafsiran dengan ijtihad dan pendapat adalah berasaskan pendapat salaf al-Salih yang berpendapat tidak wajar mentafsirkan al-Quran dengan fikiran sendiri. Antaranya ialah Abu Bakr al-Siddiq yang pernah menegaskan: “ Mana bumi untukku dan mana langit yang sanggup melindungiku sekiranya aku memperkatakan tentang kitab Allah perkara yang aku tidak ketahui. “

Begitu juga riwayat dari Sa’id bin al-Musayyab yang disampaikan oleh Yazid bin Abi Yazid mengatakan : “ Kami semua bertanya kepada Sa’id bin Musayyab tentang halal dan haram  kerana beliau adalah seorang yang lebih arif, tetapi apabila kami bertanyakan tentang tafsir ayat-ayat al-Quran , diapun mendiamkan diri seolah-olah tidak mendengarnya . “Begitu juga  riwayat daripada Masruq mengatakan : “ Berhati-hatilah dengan tafsir, sesungguhnya ia diriwayatkan daripada Allah. “
Hujah golongan yang mengharuskan tafsir dengan ijtihad dan pendapat 
Manakala golongan yang mengharuskan tafsir bi al- Ra’yi mengemukan beberapa hujah akal dan juga dalil al-Quran dan al-Hadith untuk menegakkan pendapat mereka. Antaranya :
Pertama :
Al-Quran sendiri menyuruh umat manusia supaya mengkaji dan meneliti ayat-ayat Allah. Dalilnya :

Maksudnya : “ maka apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka  kunci penutup ( yang menghalang mereka daripada menerima ajaran al-Quran )
Pengkajian terhadap al-Quran tidak berlaku melainkan dengan penelitian yang berasaskan kepada pemahaman , kekuatan berfikir dan penggunaan ijtihad. Ini menujukkan bahawa al-Quran sendiri yang menyuruh supaya melakukan pentafsiran dengan ijtihad. Sekiranya pentafsiran al-Quran dengan ijtihad dan pendapat tidak diharuskan nescaya terhalanglah ijtihad , dengan demikian tergendalalah urusan ummah seluruhnya, seterusnya menafikan fungsi al-Quran sebagi penyuluh ummah.
Kedua a;
Wujudnya perselisihan pendapat dikalangan para sahabat dan tabi’in dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Ini menunjukkan bahawa pendapat-pendapat tersebut adalah datangnya daripada mereka bukannya daripada Rasulullah saw . Oleh itu bagaimana para sahabat boleh bertindak sedemikian sekiranya ijtihad  dan mengeluarkan pendapat tidak dibenarkan oleh syara’? Ini sudah pasti menunjukkan bahawa ianya tidak dil;arang oleh syara’.
Ketiga:
Doa Nabi saw untuk ibn Abbas r.a
Maksudnya : “ Ya Allah ! Berilah kepadanya keluasan kefahaman dalam ilmu agama dan ajarlah ta’wil kepadanya.”
Daripada hadith ini dapat dibuat kesimpulan , Seandainya ta’wil atau tafsir itu hanya terbatas kepada apa yang didengar sahaja, tentulah tidak berfaedah dikhususkan ta’wil kepada ibn Abbas. Jadi yang dikehendaki dengan ta’wil di sini adalah tafsir menggunakan ijtihad.

Keempat :
Mereka juga berdasarkan kepada athar yang didapati daripada al-salaf yang menunjukkan ada keharusan dalam memberikan pendapat sendiri, berijtihad dan beramal dengannya. Contohnya Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya yang lain  : “ Adakah Rasulullah saw mengurniakan sesuatu secara khusus kepada kamu? “ Mereka menjawab : “ Tidak ada di sisi kami melainkan apa yang ada pada mushaf ini (al-Quran ) , juga kefahaman yang dikurniakan kepada seseorang di dalam kitabnya.” Kenyataan ini menggambarkan bahawa tafsiran dengan pendapat dan juga ijtihad diharuskan oleh agama.

Namun para mufassir yang menggunakan ijtihad haruslah berhati-hati dalam menggunakan segala ilmu yang dimiliki dalam mentafsirkan al-Quran sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Antara langkah-langkah yang perlu diikuti adalah :
1-      Seseorang mufassir  hendaklah mencari makna al-Quran daripada al-Quran itu sendiri. Jika dia tidak menemuinya dalam al-Quran , hendaklah ia mencari dalam hadith dan jika tidak menemuinya juga haruslah mencari pendapat sahabat yang adil . Ini kerana para sahabt lebih mengetahui  tentang suasana turunnya sesuat ayat dan sebab penurunannya. Namun sebaik-baik method yang hendak digunakan dalam mentafsirkan al-Quran hendaklah berdasarkan penjelasan atau penafsiran daripada Nabi saw itu sendiri.
2-      Jika Mufassir tidak menemui makna  yang dimaksudkan dalam al-Quran , di dalam hadith atau daripada pendapat-pendapat sahabat, maka kita boleh menggunakan pedoman –pedoman yang telah diisyaratkan.
Pandangan yang rajih berkaitantafsir bi al-Ra’y al-Mahmud adalah harus dengan syarat bahkan menurut Dr. Solah al-Khalidi ianya menjadi wajib bagi mereka yang memiliki dan keperluan yang membantunya untuk memilih pandangan yang betul dan memiliki persediaan ilmu-ilmu untuk mentafsir al-Quran. (Ta’rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin hal.433)

Dr.Subhi Soleh berpendapat pengharaman wajar dilakukan sekiranya pentafsir itu tadi tegas  menyatakan bahawa inilah makna sebenar ayat yang dihuraikan sedangkan beliau gagal untuk membawa sebarang dalil yang sah bagi menyokong pendapatnya itu. Pengharaman juga wajar dibuat kalau ia dilakukan oleh seorang yang jahil dengan segala kaedah bahasa Arab dan usul-usul syarak atau juga disebabkan beliau cuba mencari sokongan dari ayat-ayat al-Quran terhadap kepentingan hawa nafsunya sendiri.

Syarat Tafsir Bi al-Ra’y
syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal. Antara syarat-syarat tersebut ialah:

1. Memiliki sifat penting dan memiliki adab-adab bagi pentafsir
2. Memiliki ilmu-ilmu asas untuk memahami dan mentafsirkan al-Quran
3. Menjauhi kesalahan-kesalahan yang disebut oleh ulama semasa mentafsirkan al-Quran
4.Tidak menundukkan al-Quran kepada pemikiran
5. Menjauhi hawa nafsu semasa mentafsir al-Quran
6.Tafsiran tidak bertentangan  dengan ayat al-Quran yang lain
7.Tafsiran tidak bertentangan dengan hadith yang sohih
8.Tafsiran tidak bertentangan dengan penggunaan bahasa Arab yang fasih
9.Tidak terkesan dengan pemikiran dan pegangan yang menyeleweng dan sesat
10. Tidak mengatakan bahawa tafsiran yang diberikan oleh pentafsir sebagai maksud ayat atau maksud ayat yang sebenarnya sebaliknya mengatakan: Ini yang saya faham, ini yang ditunjukkan Allah kepada saya dan pandangan orang lain mungkin lebih baik[ Solah al-Khalidi hal.435-436]


Ahli-ahli Tafsir Bi al-Ra’y  yang terkenal:
1. Imam al-Baydawi dan tafsirnya  Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil
Beliau ialah al-Qadi Nasir al-Din Abu al-Khayr Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydawi, al-Syirazi, al-Farisi, al-Syafie. Dilahirkan di Bandar al-Bayda’ yang terletak di Syiraz tetapi tarikh lahirnya tidak diketahui. Beliau datang dari keluarga yang alim kerana kedua-dua bapa dan datuknya merupakan orang alim dan kadi. Para ulama berselisih tentang waktu kematian al-Baydawi dan menurut Ibn Hubayb beliau meninggal pada tahun 685H semasa berusia 100 tahun.
Beliau menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang seperti fiqh, usul fiqh, Usuluddin dan bilangan karya mencapai 21 buah buku. Antara karyanya yang terkenal ialah tafsir Anwar al-Tanzil, al-Ghayah al-Quswa fi Dirayah al-Fatwa tentang fiqh mazhab syafie, Minhaj al-Wusul Ila  Ilm al-Wusul ringkasan kepada kitab al-Mahsul karangan al-Razi tentang usul fiqh dan Tawali al-Anwar tentang akidah.
Tafsir al-Baydawi:
Beliau mengarang tafsirnya semasa beliau menetap di Bandar Tibriz, satu dari Bandar di Parsi di penghujung usianya. Tafsirnya Anwar al-Tanzil  wa Asrar al-Ta’wil mendapat tempat dikalangan generasi selepasnya seperti yang disebut oleh Haji Khalifah dalam kitabnya “ Kashf al-Zunun An Asami al-Kutub wa al-Funun”
“ Tafsir al-Baydawi kitab yang hebat dari segi kedudukannya, tidak perlu dijelaskan lagi, beliau telah mengambil intisari dari kitab al-Kashhaf berkaitan fleksi(I’rab), ilmu al-Maani dan Ilmu al-Bayan, dari tafsir al-Kabir berhubung hikmah-hikmah dan ilmu kalam, dan dari tafsir al-Raghib(Jami’ al-Tafasir) berhubung derivasi(istiqaq), kesamaran dan rahsia…selain beliau mengemukan pandangan-pandangan yang sendiri…”
Pengaruh tafsir al-Baydawi sangat jelas melalui syarah dan Hashiyah yang bilangan mencecah empat puluh mengikut perkiraan Haji Khalifah dalam  Kashf al-Zunun, tujuh puluh mengikut perkiraan Ismail al-Baghadadi dan 83 mengikut perkiraan orientalis Brokelmen . Antara yang masyhur ialah:
(a)Hashiyah Jalal al-Din al-Sayuti “ Nawahid al-Abkar wa Shawahid al-Afkar”
(b)Hashiyah al-Kazruni Abu al-Fadl Al-Qurashy al-Sadiqi al-Khatib(m940H)
(c) Hashiyah al-Qunuwy; Muhammad bin Mustafa(m951H)
(d) Hashiyah Abd al-Hakim al-Siyalkuti al-Lahuri(m1060H)
(e) Hashiyah Shihabuddin al-Khafaji(m1069H)

2. Imam al-Nasafi dan tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tafsir
Beliau ialah Abu al-Barakat Abdullah bin Ahmad bin Mahmud al-Nasafi. Digelar al-Nasafi merujuk kepada Nasaf yang terletak di wilayah Samarqand.Tidak diketahui tahun lahirnya dan meninggal pada 710H mengikut pandangan yang rajih. Beliau meninggalkan lebih 15 karya seperti Umdah al-Aqaid dalam aqidah yang terkenal dengan al-Aqaid al-Nasafiyah, Manar al-Anwar dalam usul fiqh dan tafsirnya.
Tafsir al-Nasafi
Al-Nasafi menjelaskan  objektif penulisan tafsirnya:
“Saya telah diminta oleh pihak yang  berkuasa(sultan) menulis kitab yang sederhana berkaitan ta’wil al-Quran, yang menghimpunkan pandangan tentang bentuk-bentuk fleksi(I’rab), dan qiraat,  mengandungi perbahasan tentang ilmu badi, al-Maani dan al-Bayan, berisi dengan pandangan ahli sunnah dan jauh dari pandangan batil, tafsir yang tidak panjang yang menjemukan dan tidak pendek yang tidak sampai maksudnya.”
Beliau telah menyelesaikan tafsirannya dalam masa  yang singkat seperti yang dinyatakan di muqaddimah tafsir Madarik al-Tanzil.

Antara sumber tafsir al-Nasafi ialah
(a)Tafsir al-Khashaff dan tafsir al-Nasafi merupakan ringkasan kepada tafsir ini dengan menggugurkan pandangan muktazilah
(b)Tafsir al-Baydawi: al-Nasafi sezaman dengan al-Baydawi kerana beliau meninggal 25 tahun sebelum al-Nasafi
(c)Tafsir “al-Kashf wa al-Bayan’ karya Abu Ishaq al-Tha’labi
(d) Tafsir Syarh Ta’wilat Ahl al-Sunnah karangan Abu Mansur al-Maturudi.
Metodologi
Menurut Dr.al-Dhahabi, al-Nasafi dalam tafsirnya menggunakan Qiraat  Tujuh, dan membincangkan serba sedikit berkaitan permasalahan nahu. Dalam masalah fiqh pula  beliau mentarjihkan mazhab Hanafi, dalam persoalan aqidah beliau mendukung pandangan ahli sunnah dan menolak pandangan aliran yang menyeleweng, beliau tidak banyak menyebut riwayat Israiliyyat dan alangkah baik sekiranya beliau tidak menyebutnya.”
3.Burhan al-Din al-Biqai dan tafsirnya Nazm al-Durar
Biografi:
Beliau ialah Burha:n al-Di:n Abu: al-Hasan Ibra:hi:m bin ،Umar bin Hassan al-Ruba:t. Beliau merupakan anak kelahiran Kg. Hirbah Duha:, Lubnan pada tahun 809H. Semasa berusia 12 tahun, beliau berpindah bersama keluarganya ke Damsyik pada tahun 821H. al-Biqa: ،i: menadah ilmu dengan beberapa tokoh ilmuan pada waktu itu seperti Ibn al-Jaza:ri: dalam disiplin ilmu Qiraah, Ta:j al-Di:n bin Baha:dir dalam ilmu fekah, al-Qayati dalam ilmu feqah, usul fiqh, nahu, balaghah. Beliau turut membaca dengan gurunya ini tafsir al-Kashsha:f. Dalam ilmu hadith pula beliau menuntut ilmu dengan tokoh hadith Ibn  Hajar al-،Asqa:la:ni: dan Ibn Na:sir al-Di:n al-Dimashqi:. Beliau telah mengembara kebeberapa tempat dalam usaha pencarian ilmu seperti Baitul Maqdis, Kaherah, Dimyat, Mekah, Taif, Madinah dan Halab. Selain menjadi tokoh dalam pelbagai disiplin ilmu, al-Biqa: ،i: tidak  ketinggalan dalam menyertai beberapa siri peperangan. al-Biqa: ،i: meninggal dunia pada 18 Rejab tahun 885H ketika berusia 76 tahun. Beliau meninggalkan lebih dari tujuh puluh karya dalam pelbagai disiplin ilmu.[
Tafsir
Al-Biqai menulis kitab tafsirnya yang dinamakan” Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwwar.’ Tafsir ini memberi penekanan tentang hubungan dan perkaitan antara ayat-ayat dalam satu surah dan perkaitan antara satu surah dengan surah yang lain. Perhubungan ini disebut sebagai ilmu munasabat iaitu sebagai bentuk-bentuk hubungkait diantara satu ayat dengan ayat al-Quran yang lain atau bentuk pertautan antara satu surah dengan surah yang lain.
Antara sumber tafsir beliau ialah  tafsir yang  ditulis oleh Abu al-Hasan, Ali bin Ahmad bin al-Hasan al-Tajibi al-Maghribi yang dinamakan ” Miftah al-Bab al-Muqaffal li Fahm al-Quran al-Munazzal dan tafsir Ibn Naqib.
Beliau telah menghabiskan masa selama14  tahun untuk menyelesaikan tafsirnya. Beliau menyebut diakhir tafsirnya:
” Aku selesai menulis muswaddah(draf awal) pada hari Selasa 7 Syaaban tahun 875H di masjidku di pintu Bab al-’Id di Kaherah dan permulaannya pada bulan Syaaban tahun 861H, maka genaplah 14 tahun.
Kemudian aku selesai menyalin semula pada Asar hari Ahad 10 Syaaban tahun 882H di rumahku yang terletak dalam kawasan Madrasah al-Badraiyyah di Damsyik menjadikan tempoh keseluruhannya 22 tahun.”
4. Imam al-Alusi dan tafsir Ruh al-Maani
Beliau ialah Syihab al-Din Mahmud Syukri al-Alusi al-Baghdadi. Al-Alusi adalah merujuk kepada pulau” A:lus” yang terletak di pertengahan Sungai Furat di antara Syam dan Iraq.
Al-Alusi dilahirkan di   perkampungan ‘Al-Khurh,’ Baghdad tahun 1217H dan meninggal di Baghdad pada 1270H ketika berusia 53 tahun. Beliau menuntut ilmu dengan ulama Baghad antaranya bapanya sendiri Syukri. Al-Alusi mula mengajar dan menulis ketika usianya 13 tahun. Sejak itu ramai yang menuntut dan beliau melahirkan ramai tokoh ulama. Pada tahun 1248 beliau menguruskan al-Madrasah al-Marjaniyyah dan sekolah ini tidak boleh diuruskan melainkan orang yang paling alim di Baghdad. Kemudian beliau menjadi mufti mazhab Hanafiyah di Iraq   selama 15 tahun sehingga tahun 1263H.
Selepas itu beliau memberikan tumpuannya untuk menyelesaikan penulisan tafsirkan al-Quran sehingga tahun 1267H. Selesai menulis tafsir, beliau menghadap Sultan Abdul Majid yang Khan, khalifah kerajaan Islam Uthmaniyyah di Istanbul dan menghadiahkan tafsirnya. Khalifah sangat kagum dengan hasil usahanya.

Selain tafsirnya al-Alusi juga menghasilkan beberapa karya seperti Syarh al-Sulam dalam ilmu mantiq, al-Ajwibah al-Iraqiyyah An al-Asilah al-Lahuriyyah, Durrah al-Ghawwas fi Awham al-Khawwas, akan tetapi tafsirnya yang paling terkenal.

Tafsir
Al-Alusi memulakan tafsirnya pada malam 16 Sya’ban tahun 1252H ketika beliau berusia 34 tahun dan menyelesaikannya pada tahun 1267H mengambil masa  15 tahun dan tiga tahun sebelum kewafatannya.
5.Tafsir al-Kabir
Imam Fakhr al-Din al-Razi dan metodologinya dalam pentafsiran
Biodata Al-Razi
Beliau ialah Muhammad bin Umar bin al-Husayn bin Ali al-Taymi terkenal dengan panggilan Ibn al-Khatib al-Rayy. Beliau dilahirkan di bandar al-Rayy yang kini meruapakan bandar lama yang terletak di Tenggara Tehran tahun 554H. Beliau dibesarkan oleh bapanya Diyauddin Umar dalam suasana ilmu sesuai dengan sahsiahnya seorang ulama besar di Rayy. Al-Razi dibesarkan dalam keadaan sederhana dan mengembara ke beberapa tempat dalam usaha  mencari ilmu dan menuntut ilmu dengan tokoh ulama zamannya sehingga beliau  muncul sebagai alim dalam bidang tafsir, aqidah, ilmu mantiq, bahasa , ilmu fiqh dan usul fiqh. Beliau juga mahir dalam memberi nasihat dalam dua bahasa iaitu Arab dan Parsi sehingga orang yang mendengarnya boleh menangis. Al-Razi meninggal dunia di Hirah pada hari Isnin , 1 syawal tahun 606H semasa berusia 63 tahun. Sepanjang hidupnya beliau telah menghasilkan lebih dari lapan puluh karya berupa buku dan risalah. Antara karya yang terkenal:
1.Tafsir al-Kabir
2. Al-Mahsul dalam bidang usul fiqh
3.Asas al-Taqdis dalam bidang ilmu kalam
4. Sharh Asmaullah al-Husna
5. I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin
6. Nihayah al-Ijaz fi Dirayah al-I’jaz
7. Manaqib Imam al-Syafie

Tafsir al-Kabir Satu pengenalan
Tafsir al-Razi mempunyai dua nama:
(a)Tafsir al-Kabir yang merupakan nama yang terkenal dikalangan ulama
(b) Mafatih al-Ghayb
Al-Razi memulakan penulisan tafsirnya menjelang usianya mencecah lima puluh tahun. Beliau telah mentafsirkan surah al-Fatihah dalam satu jilid yang besar tetapi catatan tidak menunjukkan kepada kita bilakah al-Razi tamat dari menulis tafsir surah al-Fatihah dan al-Baqarah. Beliau menghabiskan masa untuk menulis tafsirnya lebih dari sepuluh tahun dan menjadi kelaziman al-Razi mencatat tarikh akhir beliau mentafsir satu-satu surah. Namun waktu beliau mentafsirkan surah-surah tersebut tidak mengikut susunan mushaf.
Sebagai contoh beliau mengakhiri penulisan tafsir surah Ali Imran pada 1 Rabiul akhir tahun 595H, surah al-Ahqaf pada 20 Zulhijjah tahun 603H dan ini merupakan tarikh terakhir yang ditulis dalam tafsirnya.  Beliau selesai  mentafsir surah al-Anfal pda bulan Ramadan tahun 601H, surah al-Tawbah dan Yunus pada permulaan Rejab tahun 601H lebih awal dari surah al-Anfal sedangkan dari segi susunan mushaf surah al-Anfal adalah lebih awal dari surah al-Tawbah dan surah Yunus. Beliau juga menghabiskan tafsir surah al-Ra’d selama satu hari iaitu pada 8 Syaaban 601H.
Berhubung tafsir ini, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa al-Razi tidak menyelesaikan penulisan tafsirnya sebaliknya disempurnakan oleh dua muridnya: Syams al-Din Ahmad bin Khalil al-Khui dan Najmuddin Ahmad bin Muhammad bin al-Hazm al-Makhzum. Antara sarjana yang berpegang dengan pendapat ini ialah Dr.Muhammad Husyain Al-Dhahabi dalam karyanya al-Tafsir wa al-Mufassirun , Muhammad al-fadil bin Asyur dalam hasil garapannya “ al-Tafsir wa Rijaluh” dan Dr. Ali Muhammad Hasan al-Imadi dalam karyanyaberjudul” al-Imam  Fakh al-Din al-Razi: Hayatuhu wa Atahruh”
Pendapat ini ditolak Dr.Muhsin Abdul Hamid dalam karyanya al-Razi Mufassiran dan Dr.Solah al-Khalidi dalam kajiannya berjudul: “ Adakah Imam al-Razi menyelesaikan tafsirnya  Mafatih al-Gyahb”. Pandangan yang kuat ialah al-Razi mentafsirkan seluruh al-Quran.

Bab 4 : Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur


Bab 4 : Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur


Bab 4 : Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur
Definisi: Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan dari ayat al-Quran, hadith-hadith rasul saw yang sahih dan riwayat para sahabat r.anhum(athar) atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh tabiin besar kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat[ Ibn Taymiyyah, hal.41
Walaubagaimanapun ada dikalangan ulama yang tidak bersetuju memasukkan tafsiran tabiin ke dalam tafsir bi al-Ma’thur.
Perkembangan Tafsir bi al;Mathur
Perkembangan Tafsir bi al;Mathur terbahagi kepada lima peringkat:
Pertama: Secara Lisan atau periwayatan. [ Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat meriwayatkan daripada sahabat iaitu dengan cara penukilan yang boleh dipercayai, diteliti dan mengambil berat tentang sanad periwayatan. (Pengantar Usul Tafsir]
Pada waktu ini lahirnya mufassirin dari kalangan sahabat utama seperti khulafa’ al-Rasyidin, Ibn Masud, Ibn Abbas, Ubai bin Kaab dan Aisyah r.anhum. Keadaan ini berterusan sehingga zaman permulaan tabiin yang mana mereka menerima secara lisan dari sahabat. Pada zaman ini munculnya Madrasah Tafsir; Ibn Abbas di Mekah, Ubay bin Kaab di Madinah dan Abdullah bin Masud di Kufah,
Kedua: Secara penulisan bersama dengan hadith.
Cara kedua adalah hasil lanjutan daripada cara pertama iaitu riwayat-rowayat tersebut dicatit. Pada peringkat awal ia ditulis dalam kitab-kitab hadith seperti kitab al-Tafsir dalam sohih al-Bukhari.
Cara ini berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasi. Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’ atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama(Kibar al-Tabiin). Riwayat-riwayat ini ditulis dengan sanad bersama dengan hadith-hadith termasuklah pandangan sahabat berkaitan hadith, fiqh , aqidah dan istinbat hukum. Pada masa ini munculnya Mujahid(m104H), Said bin Jubayr(m95H), Qatadah(m118H) yang mencatat tafsiran guru mereka Ibn Abbas, Muhammad bin Kaab(m120H), Zaid bin Aslam(m136H) yang mencatat tafsiran Ubay bin Kaab dan Hasan al-Basri(m110H) dan Masruq bin al-Ajda’(m63H) yang mencatat tafsiran Abdullah bin Mas’ud.
Ketiga: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith. Penulisan ini berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah. Antara tafsir yang dibukukan pada tempoh ini ialah:
(a) Sahifah Ali bin Abi Talhah(m143H) yang mencatat riwayat Ibn Abbas.
(b) Tafsir Sufyan bin Said al-Thawri(m161H)
(c) Tafsir Sufyan bin Uyahnah(m198H)
(d)Tafsir Abd al-Razzaq bin Hammam al-San’ani(m211H)
(e)Tafsir Abd bin Humayd(m249H)
(f)Tafsir Ishaq bin Rahawayh(m238H)
(g)Tafsir al-Nasai(m303H)
Keempat: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
Peringkat ini berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri dengan tafsir menjadi satu disiplin ilmu yang tersendiri dan berpisah secara sepenuhnya dari hadith. Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin.
Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat.
Antara tafsir yang dibukukan pada peringkat ini ialah Tafsir Ibnu Majah(m273H), Tafsir Imam Ibnu Jarir al-Tabari(m310H), Tafsir Abu Bakar bin al-Mundhir al-Naysaburi(m318H), Tafsir Ibn Abi Hatim al-Razi(m327H), Tafsir Ibn Hibban(m369H), Tafsir al-Hakim(m405H), dan tafsir Abu Bakar bin Mardawayh(m410H).
Kelima: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn Mardawayh. Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira riwayat yang sohih dan daif. Oleh kerana riwayat-riwayat tersebut ditulis tanpa sanad maka sukar sekali untuk menilai riwayat tersebut dan membezakan antara riwayat yang sohih dan daif. Para pentafsir pada peringkat ini menyebut pelbagai pandangan yang ma’thur dari sahabat atau tabiin atau tabi;tabiin sehinggakan ada diantara riwayat tersebut bertentangan antara satu sama lain.
Antara tafsir yang menjadi contoh kepada peringkat ini ialah tafsir Bahr al-Ulum oleh al-Samarqandi, al-Kashf wa al-Bayan An Tafsir Al-Quran karya Abu Ishaq al-Tha’labi, Tafsir Bahr al-Muhit karangan Abu Hayyan, Al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur hasil tangan al-Sayuti , Tafsir al-Quran al-Azim hasil garapan Ibn Kathir al-Dimashqi dan Fath al-Qadir tinggalan al-Shawkani.
Syarat-syarat Tafsir bil Ma’thur
a) Mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai ilmu hadith riwayat dan dirayat
b) Benar-benar mengetahui sunnah yang berkaitan dengan tafsir, kemudian mengenai kata-kata sahabat, tabiin dan imam-imam mujtahid.
c)Berkemampuan mengumpul dan menserasikan riwayat-riwayat yang bercanggah
d)Mengetahui hakikat perselisihan tafsir dan sebab-sebabnya.
e) Mengetahui tentang asbab al-Nuzul dan ilmu nasikh mansukh, kerana pengetahuan tentang asbab al-Nuzul membantu memahami nas dan ilmu nasikh mansukh untuk mengetahui ayat yang muhkam dan mansukh.
f) Memetik pendapat yang sepakat sahaja dan tidak memetik pendapat yang gharib(asing)
g)Tidak bersandar kepada riwayat-riwayat Israiliyyat._pengantar 63
Sumber Tafsir al-Quran bi al-Ma’thur
1.Tafsir al-Quran dengan al-Quran
Sebaik-baik cara pentafsiran hendaklah mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran, sebab perkara yang dijelaskan secara mujmal pada satu ayat diperincikan di tempat lain.
Sehubungan itu Ibn Kathir berkata:
“ Sekiranya ada orang bertanya, apakah jalan terbaik mentafsir, maka jawapannya ialah al-Quran itu sendiri.”
Mentafsir al-Quran dengan al-Quran dapat dilihat dari berbagai sudut
a) Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas. [ Lihat pengantar hal.65, ]
17. Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
18. Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?
19. (yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah.
b)Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh”mujmal”
Ayat yang menyeluruh dihuraikan lagi dengan ayat-ayat lain. Sebagai contoh kisah nabi Adam a.s dan Iblis yang dilaknat disebut secara mujmal”menyeluruh’ dalam ayat 50 surah al-Kahf:
50. Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam[884], Maka sujudlah mereka kecuali iblis. dia adalah dari golongan jin, Maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim.
[884] sujud di sini berarti menghormati dan memuliakan Adam, bukanlah berarti sujud memperhambakan diri, Karena sujud memperhambakan diri itu hanyalah semata-mata kepada Allah.
Ayat ini dihuraikan ditempat yang lain:
(a)Surah al-Baqarah ayat 30-39
(b) Surah al-Araf ayat 11-27
(c)Surah al-Hijr ayat 36-50
(d)Surah al-Isra’ayat 61-65
(e)Surah Sad ayat 67-85
Contoh yang lain ialah dalam surah al-Fatihah:
7. (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka;
Dalam ayat ini golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Iman disebut secara mujmal(menyeluruh) dijelaskan dalam ayat 69 surah al-Nisa’
69. Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.
c)Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang maknanya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam ayat. Memahami ayat dengan makna yang umum tanpa merujuk kepada ayat-ayat yang lain akan menyebabkan fahaman yang salah tentang ayat.
Contoh ayat yang umum ialah firman Allah:
228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’(Quru’ dapat diartikan Suci atau haidh.)
[ Surah al-Baqarah}
Kata المطلفاتadalah kata nama plural yang menjadi makrifah dengan alif dan lam,zahir ayat menunjukkan setiap wanita yang dicerai hendaklah menunggu iddah mereka selama tiga kali suci tetapi hukum ini dikhususkan dengan ayat yang lain.
Ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:
Pertama: Firman Allah SWT:
49. Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan- perempuan yang beriman, Kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya Maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka 'iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut'ah[1225] dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik- baiknya.
[1225] yang dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum dicampuri.
Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi tidak ada iddah baginya.
Kedua: Firman Allah SWT:
4. Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (monopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), Maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.
Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi wanita yang monopause atau kanak-kanak yang belum datang haid maka tempoh iddahnya ialah selama tiga bulan tempoh iddah bagi wanita yang hamil ialah apabila melahirkan anaknya.
Kesimpulannya hukum iddah yang umum dalam surah al-Baqarah bagi wanita yang ditalak dikhususkan dengan ayat-ayat yang lain bagi wanita yang ditalak dari kalangan iyang belum disetubuhi, yang menopause atau belum baligh dan yang sedang mengandung[ al-Sayuti: al-Itqan j.2, hal.685-687]
d)Pentafsiran melalui ketentuan ikatan(muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak
Terdapat beberapa ayat yang menyebut hukum secara mutlak(terbuka) kemudian terdapat di sana ayat mengikat(muqayyad) ayat yang mutlak maka hukum yang muqayyad hendaklah diambil. Contohnya hukum saksi. Hukum saksi disebut secara mutlak dalam dua ayat.
Pertama berkaitan saksi dalam urusan jual beli melibatkan hutang-piutang, sewa menyewa dan sebagainya . Firman Allah Taala:
282. . (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu,
[Surah al-Baqarah]
Ayat ini menyebut tentang perintah membawa saksi dalam urusan jual beli. Saksi dalam ayat ini disebut secara terbuka tanpa mengira keadaan saksi itu Islam atau kafir, orang yang baik atau fasiq, kanak-kanak atau orang tua, lelaki atau wanita.
Kedua berkaitan saksi ketika mengembalikan harta anak yatim. Firman Allah Taala:
6. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, Maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu).
[Surah al-Nisa’]
Ayat ini menjelaskan perintah membawa saksi semasa menyerahkan kembali anak yatim tetapi saksi dalam ayat ini adalah mutlak seperti ayat yang sebelum ini.
Ayat yang mutlak ini ditaqyidkan(diikat) dengan saksi bagi wanita yang dirujuk selepas di cerai dan saksi bagi kes wasiat.
Hukum saksi bagi wanita yang dirujuk disebut dalam ayat:
2. Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.
Ayat surah al-Talak mengikat saksi dengan tiga ikatan iaitu dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.
Hukum yang sama disebut tentang saksi dalam urusan wasiat:
106. Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, Maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu[454], jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian.
[454] ialah: mengambil orang lain yang tidak seagama dengan kamu sebagai saksi dibolehkan, bila tidak ada orang Islam yang akan dijadikan saksi.
Menurut Imam al-Syafie kesaksian yang mutlak dalam hukum jual beli dan penyerahan harta anak yatim diikat dengan kesaksian berkaitan hukum rujuk dan hukum wasiat, maka saksi dalam urusan jual beli dan penyerahan harta anak yatin hendaklah terdiri dari dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.
e)Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh[ Lihat pengantar hal.69)
f) Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara dua perkara yang dilihat secara zahirnya bertentangan antara satu sama lain[ Lihat pengantar hal.70]
59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, Kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), Maka jadilah Dia.
12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” menjawab Iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.
28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,
14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
g)Pentafsiran menerusi bacaan atau qiraat yang sahih[ Lihat ha.71]
6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Surah al-Hujurat)
SUMBER KEDUA: .Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw
Tafsir al-Quran dengan hadith Rasulullah saw merupakan cara kedua mentafsirkan al-Quran sekiranya pentafsir tidak mendapat pentafsirannya dari ayat yang lain.
Imam al-Safie menyebut: Segala apa yang diberikan hukumnya oleh Rasul saw, maka itu adalah apa yang baginda fahami daripada al-Quran. Firman Allah(Surah al-Nisa 105)
105. Sesungguhnya kami Telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang Telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penantang (orang yang tidak bersalah), Karena (membela) orang-orang yang khianat[347],
[347] ayat Ini dan beberapa ayat berikutnya diturunkan berhubungan dengan pencurian yang dilakukan Thu’mah dan ia menyembunyikan barang curian itu di rumah seorang Yahudi. Thu’mah tidak mengakui perbuatannya itu malah menuduh bahwa yang mencuri barang itu orang Yahudi. hal Ini diajukan oleh kerabat-kerabat Thu’mah kepada nabi s.a.w. dan mereka meminta agar nabi membela Thu’mah dan menghukum orang-orang Yahudi, kendatipun mereka tahu bahwa yang mencuri barang itu ialah Thu’mah, nabi sendiri hampir-hampir membenarkan tuduhan Thu’mah dan kerabatnya itu terhadap orang Yahudi.
Firman Allah:
apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya.
Ibnu Masud memahami dari ayat ini wajib mengambil hukum daripada Rasulullah saw, dan al-Sunnah adalah penjelasan kepada al-Quran dan wajib bagi orang Islam berpegang dengannya sepertimana berpegang dengan al-Quran
وفي صحيح مسلم وغيره عن علقمة عن ابن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لعن الله الواشمات والمستوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله) فبلغ ذلك أمرأة من بني أسد يقال لها أم يعقوب; فجاءت فقالت: بلغني أنك لعنت كيت وكيت! فقال: وما لي لا ألعن من لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو في كتاب الله! فقالت: لقد قرأت ما بين اللوحين فما وجدت فيه ما تقول. فقال: لئن كنت قرأتيه لقد وجدتيه! أما قرأت “وما آتاكم الرسول فخذوه وما نهاكم عنه فانتهوا”! قالت: بلى. قال: فإنه قد نهى عنه.. الحديث
Mencari tafsiran daripada hadith adalah berasaska kepada sabda Rasullullah saw kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz:” Dengan apa engkau berhukum? Jawabnya dengan kitab Allah?
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)?
Jawab Muaz: Dengan sunnah Rasulullah saw,”
Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya?
Jawab Muaz: “ Aku berijtihad denganpendapatku.”
Maka rasulullah saw menepuk dada Muaz dan bersabda:
“ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah.
Pentafsiran hadith kepada al-Quran dapat dilihat dalam beberapa bentuk
PERTAMA:Hadith mentafs irkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mujmal(menyeluruh)
Beberapa perintah dan kewajipan di dalam al-Quran datang dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangakan hukum al-Quran yang mujmal.
Sebagai contoh tentang ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah al-Nisa’(ayat 103). Firman Allah:
Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat.
196. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan ‘umrah Karena Allah.
[Surah al-Baqarah]
Maka sunnah nabi saw menjelaskan rukun-rukun haji, perkara-perkara yang membatalkan haji, cara menunaikan haji; Ihram,Tawaf. Saie, Arafah, berhenti di Muzdalifah, bermalam di Mina pada hari-hari Tasyriq, melontar jamrah, cara tahallul dan sembelihan korban.
Ringkasnya sekiranya kita tidak mentafsirkan al-Quran dengan sunnah dari segi perkataan dan perbuatan maka kita tidak dapat menunaikan rukun Islam; solat, puasa, zakat dan haji
[Al-Dhahabi: Tafsir wa al-Mufassirun: j.1, hal.55-56, Khalid al-Ak: Usul al-Tafsir wa Qawaiduh: hal.128-129) Solah al-Khalidi, hal.180-181,)
KEDUA: Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
Contohnya dalam firman Allah :
82. Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman , mereka Itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Perkataan Zulm(kezaliman) dalam ayat ini pada asasnya umum. Semasa turunnya ayat ini para sahabat memahami zalim dalam ayat ini mengikut makna yang umum iaiatu apa jua bentukdosa dan maksiat sedangkan para sahabat juga tidak maksum, ketika itu mereka bertanya kepada Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam al-Thirmidhi daripada Ibnu Masud berkata:
Apabila turunnya ayat ini:
Para sahabat menjadi kelam-kabut dan mereka berkata kepada Rasulullah saw:
” Siapakah dikalangan kami yang tidak pernah melakukan kezaliman?”
Lalu nabi saw memberi penjelasan; Bukan ini yang dimaksudkan ayat. Tidakkah kamu mendengar pesanan Luqman kepada anaknya:
13. Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ialah perbuatan syirik.(Riwayat Imam al-Bukhari,no.34, riwayat Imam Muslim,no.124 dan Imam al-Thirmidhi , no.3067
Contoh yang lain, firman Allah Taala:
11. Allah mensyari'atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu
[Surah al-Nisa’]
Ayat ini menjelaskan pensyariatan harta pusaka adalah umum untuk semua anak, Seorang anak berhak mendapat harta pusaka apabila bapa meninggal, namun hukum ini dikhususkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
Daripada Abdullah bin Amru r.Anhuma dari Rasulullah saw bersabda:
لاَ يَرِثُ للْقَاتِلِ شَيء
” Seorang yang membunuh tidak boleh mewarisi.”
Hadith ini mengkhususkan hukum yang umum dalam ayat, mana-mana anak yang membunuh bapanya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja tidak berhak mewarisi harta bapanya.
KETIGA: Hadith menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak
Mithalnya firman Allah SWT:
196. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), Maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau menyembelih.
Ayat ini menjelaskan bahawa apabila seorang itu berniat ihram haji atau umrah maka diharamkan ke atasnya menggunting atau mencukur rambut dan memakai pakaian berjahit sehingga selesai mengerjakan ibadat haji atau umrah. Namun begitu sekiranya seseorang itu sakit maka diharuskan baginya menggunting rambutnya atau memakai pakaian berjahit dengan membayar fidyah iaitu puasa, bersedekah dan berkorban, tetapi hukum fidyah ini masih mutlak dan diikatkan(muqayyad) dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim daripada Kaab bin Ujrah r.anhu berkata: Firman Allah
Turun khusus tentangku dan hukumnya umum untuk kamu, aku dibawa kepada Rasul saw dalam keadaan kutu merayap di mukaku! Lantas baginda saw bersabda:
مَا كُنْتُ أََرَى الْوَجَعَ بَلَغَ بِكَ مَا أَرَى ، احْلِقْ رَأْسَكَ، وَصًمْ ثَلاَثَةَ أَيَّامٍ ، أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِين أو أنْسُكْ بِشَاةٍ
”Sesungguhnya aku tidak sanggup melihat kesakitan yang kamu sedang alami. Cukurlah ramburmu, puasalah tiga hari atau beri makan kepada enam orang miskin atau sembelihlah kambing.
Hadith ini mengikut hukum yang mutlak dalam ayat, berpuasa diikat dalam hadith dengan ” Puasalah tiga hari.”, sedekah mutlak diikat dengan” beri makan kepada enam orang miskin , manakala sembelihan diikat dengan hadith iaitu menyembelih kambing.”
Contoh yang lain ialah firman Allah:
223. Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, Maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki. dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertakwalah kepada Allah dan Ketahuilah bahwa kamu kelak akan menemui-Nya. dan berilah kabar gembira orang-orang yang beriman.
[Surah al-Baqarah]
Ayat ini diturunkan bagi menolak dakwaan orang Yahudi yang mengatakan orang yang menyetubuhi isteri dari belakang(bukannya dubur), maka anak yang dilahirkan akan menjadi juling lalu Allah swt membatalkan dakwaan mereka dengan menghalalkan suami mendatangi isteri dari arah mana yang mereka kehendaki.
Surah al-Baqarah… Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Jabir bin Abdullah r.Anhuma : Orang Yahudi berkata:
“ Apabila suami mendatangi isterinya dari sebelah belakang, maka dia akan mendapat anak yang juling, lalu Allah turunkan ayat :
Surah al-Baqarah Maka datangilah isteri kamu dalam keadaan berdiri, dan duduk dan melutut selepasnya ia dilakukan dari hadapan.[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari, no.4528, Muslim no.1435, al-Thirmidhi, no2978 dan Abu Daud .no.2163)
Firman Allah :
Surah al-Baqarah
Ayat ini adalah mutlak dan secara zahirnya seseorang itu boleh mendatangi isterinya dalam apa jua keadaan termasuklah semasa haid dan dari arah duburnya, namun ayat ini diikat dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi , Imam Ahmad dan lain-lain daripada Abdullah bin Abbas R.anhuma berkata: Saidina Umar bin al-Khattab r.anhu datang bertemu dengan Rasul saw dan berkata:
Wahai Rasulullah! Musnahlah aku.”
Nabi bertanya: Apakah yang memusnahkanmu?
Umar menjawab: Aku mengubah cara perjalananku malam tadi.”
Rasulullah saw tidak menjawab sehinggalah Allah mewahyukan ayat ini kepada Rasulullah saw:
Surah al-Baqarah
Rasulullah saw bersabda: ” Datanglah dari depan atau belakang tetapi awasilah dari mendatangi dubur atau wanita yang haid.”
Hadith riwayat Imam al-Thirmidhi no.2980 dan Imam Ahmad jil.1/hal.297
Hadith ini mengikat makna ayat yang mutlak dengan mengharuskan suami mendaamkan suami
KEEMPAT: Hadith menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran seperti penerangan mengenai maksud benang putih dan benang hitam dalam ayat:
187. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
(Surah al-Baqarah) Ada dikalangan para sahabat yang berpendapat maksud benang ialah (العقال ) hakikat benang itu sendiri yang berwarna putih dan hitam. Tetapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah saw :
بل هو سواد الليل وبياض النهار
Maksudnya: “Tidak begitu ! yang dimaksudkan ialah kegelapan malam dan terangnya siang.”
.
KELIMA: Hadith menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran
Contohnya hadith menyokong kenyataan al-Quran yang menjelaskan bahawa harta yang sebaiknya dijadikan sumber rezeki seseorang. Sabda Rasulullah saw :
لا يحل مال امرئ مسلم إلا بطسب من نفسه
Maksudnya: Tidak halal harta seseorang itu melainkan yang diperolehi dengan cara yang baik oleh dirinya sendiri.” Hadith ini sebenarnya menyokong serta menguatkan lagi firman Allah :
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil.
Contoh yang lain berkaitan ayat amaran kepada orang yang enggan mengeluarkan zakat:
Firman Allah:
surah al-Tawbah 34. dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, Maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,
35. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, Lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, Maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu."
Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurayrah r.anhu dari Rasulullah saw bersabda:
Mana-mana orang yang memiliki emas dan perak dan tidak menunaikan haknya, maka mereka akan diseterika dengan seterika yang dibuat dari api neraka, seterika itu dipanaskan di neraka jahannam, kemudian disapu pada dahi dan belakang mereka, apabila sejuk hukuman yang sama akan diulang, pada hari yang satu hari bersamaan 50, 000 tahun, sehinggalah Allah Taala menentukan hukuman antara hamba-hambanya lalu ditentukan jalannya samaada ke syurga atau ke neraka.[Hadith riwayat Imam Muslim no.987]
KEENAM: Hadith menerangkan dengan lebih meluas apa yang dikemukan oleh al-Quran
Contohnya hadith yang menerangkan kedudukan benda-benda yang dihalalkan sama ada yang tinggal di laut atau di sungai, sabdanya:
Maksudnya: “ Adalah bersih airnya dan halal bangkainya.”
Jelasnya hadith Rasulullah saw memainkan peranan yang begitu penting dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Tanpanya adalah amat sukar memahami rahsia-rahsia yang tersirat disebalik ayat-ayat Allah. Oleh itu para ulamak berpendapat hadith adalah unsur kedua terbaik dalam mentasebabkanfafsir al-Quran. Ini adalah disebabkan faktor berikut:
Hadith adalah wahyu daripada Allah, di mana Rasulullah menerima kandungannya daripada Allah SWT, lalu diterangkan kepada para sahabat dengan bahasanya sendiri walaupun makna wahyu tersebut daripada Allah. Jika ia ungkapan biasa, maka ia adalah ungkapan Nabi yang tidak berdusta.
Rasulullah saw dibekalkan dengan wahyu. Oleh itu Allah mempastikan Baginda tidak melakukan kesilapan dalam melakukan ijtihad atau membuat istinbat dalam sesuatu perkara dengan berdasarkan pemahamannya terhadap ayat-ayat al-Quran atau dengan pengamatannya terhadap realiti alam. Sekiranya berlaku kesilapan kecil maka akan turun wahyu menerangkan perkara yang sebenar, seperti yang berlaku kepada peristiwa tawanan perang Badar, solat jenazah ke atas golongan munafik dan sebagainya.
Contoh yang lain hadith menerangkan hukum rejam bagi penzina yang muhsan. Hukum sebatan terhadap penzina bukan muhsan disebut dalam ayat 2 surah al-Nur:
2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Hukum rejam bagi penzina muhsan diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim katanya: Seorang lelaki dari kalangan orang Islam datang menemui Rasulullah saw ketika baginda berada di masjid dan memanggil Rasul saw:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berzina!”
Rasullullah lari dari lelaki itu dengan mengubah pandangannya
Lelaki itu berkata lagi: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku berzina!”
Rasulullah saw berpaling lagi, sehinggalah lelaki tersebut mengulangi ucapannya untuk kali yang keempat. Ketika itu Rasulullah saw bertanya kepadanya:” Apakah kamu ada penyakit gila?”
Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah bertanya: Adakah anda Muhsan(telah berkahwin)?
Lelaki itu menjawab:Ya.
Lantas rasulullah saw berkata: Bawalah dia dan jatuhkan hukuman rejam…
[Hadith riwayat Imam al-Bukhari, no.6430, Muslim, no.1691]
Diriwayatkan oleh Imam Muslim, seorang wanita dari kalangan suku Juhaynah bertemu dengan Rasul saw dalam keadaan dia mengandung kesan perbuatan zina. Wanita itu berkata: Aku melakukan kesalahan hudud, maka hukumlah aku.
Rasulullah saw memanggil wali wanita tersebut dan berkata: Berbuat baiklah terhadapnya, apabila dia melahirkan anak datanglah kepadaku.”
Setelah wanita itu melahirkan anak, Rasulullah saw menjatuhkan hukuman rejam kemudian menyembahyangkan ke atas jenazahnya.
Ketika itu Umar berkata: Wahai Rasulullah engkau menyembahyangkan ke atas jenazahnya sedangkan dia telah berzina.
Nabi saw bersabda: Sesungguhnya dia telah bertaubat.Sekiranya dibahagikan taubat itu kepada 70 orang penduduk Madinah masih luas, adakah sesuatu yang lebih baik dari dia berlaku baik terhadap Allah.
[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari: no.5109 dan Muslim no.1408
Contoh yang lain: Larangan berkahwin dengan dua adik-beradik(isteri) dalam satu masa disebut dalam al-Quran:
23. dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah terjadi pada masa lampau; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah al-Nisa’]
Hadith pula menerangkan larangan berkahwin dengan ibu saudara kepada isteri dalam satu masa dan hukum ini tidak disebut dalam ayat.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurayrah r.anhu bersabda nabi saw:
” Seorang wanita tidak dihimpunkan(dikahwini) bersama ibu saudaranya(dari sebelah bapa) juga bersama ibu saudara(dari sebelah ibu…”
[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim]
Hadith ini menambah hukuman yang baru itu larangan mengahwini wanita dan ibu saudaranya dalam satu masa kerana ianya akan memutuskan hubungan silaturrahim dan mengeruhkan keadaan seperti sifat cemburu dan sifat-sifat negatif yang lain.
KETUJUH: Hadith mentafsirkan perkataan-perkataan al-Quran
Contohnya berhubung firman Allah:
     
7. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Siapakah yang dimurkai dan sesat dalam ayat di atas?
Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi dan Imam Ahmad dari Adi bin Hatim al-Tai R.anhu katanya: Berkata Rasulullah saw: Sesungguhnya mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi manakala mereka yang sesat ialah orang Nasrani.
[Lihat al-Thirmidhi:hadith no.2953, Ahmad:j.4, hal.378]
Rasul saw dalam hadith ini mentafsirkan sebahagian dari golongan yang dimurkai sebagai contoh dan bukannya khusus kepada orang Yahudi sahaja. Orang yang dimurkai Allah kerana mereka mengetahui kebenaran tetapi mereka meninggalkannya selepas mereka berilmu dan sifat ini sangat tepat dengan orang Yahudi, manakala golongan yang sesat ialah kerana kejahilan dan hal ini bertepatan sekali dengan orang Nasrani.
Demikianlah tujuh bentuk pentafsiran hadith terhadap al-Quran.
SUMBER KETIGA : Tafsir al-Quran dengan perkataan para sahabat
Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki kemampuan dalam memahami al-Quran(Ibn Taymiyyah)
Abdullah bin Masud menyebut tentang nikmat Allah kepadanya dalam memahami al-Quran:
“Tanyalah kepadaku. Maka Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidak turun satu ayat dari kitab Allah melainkan aku mengetahui tentang apa diturunkan, di mana diturunkan, sekiranya aku mengetahui satu tempat seorang yang lebih tahu tentang kitab Allah dariku dan aku boleh sampai dengan kenderaan, nescaya aku akan bertemu dengannya.” [ Lihat Tahzib Tafsir al-Tabari , j.1, hal.42-43]
Namun tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
a) Sanadnya baik dan tidak terputus
b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
c)Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
d)Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
e)Tidak bertentangan dengan al-Quran
Contoh:
Saidina Umar pernah dihadapkan dengan satu masalah di mana seorang lelaki telah dibunuh oleh ibu tiri dan saudaranya. Untuk menjatuhkan hukuman bunuh ke atas dua orang yang membunuh satu jiwa tidak begitu tepat kerana nas al-Quran hanya menyebut:
Lalu Sayyidina Ali memberi pandangan dan berkata:
“ Wahai Amirul Mukminin, jika tuan hamba lihat seorang itu berkongsi membunuh seekor kambing, maka masing-masing mengambil habuan masing-masing, adakah Amirul Mukminin akan memotong tangan-tangan mereka.” Jawab Saidina Umar : “ Sudah tentu..” Maka di jawab oleh Sayyidina Ali: Begitulah sebaliknya.
Dengan penjelasan Saidina Ali tersebut, Saidina Umar menulis surat kepada pegawainya agar dihukum bunuh kedua-duanya.
SUMBER KEEMPAT: Tafsir al-Quran dengan Pandangan Tabiin
Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur atau tidak?
Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka adalah murid kepada para sahabat.
Contoh Tafsir bi al-Ma’thur
Tafsir Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur:
Biodata al-Sayuti
Beliau ialah Abu al-Fadl Abd Rahman bin Kamaludin Abu Bakr bin Muhammad al-Khudairy al-Suyuti. Beliau terkenal dengan panggilan al-Suyuti merujuk kepada Bandar Asyut di Mesir. al-Sayuti dilahirkan di Kaherah pada bulan Rejab tahun 849H. Bapanya Kamaludin adalah antara ulama yang tersohor memiliki perpustakaan yang besar. Al-Idrusi meriwayatkan bahawa bapa kepada al-Sayuti meminta dari isterinya untuk mengambil buku dari perpustakaan tersebut dan pada waktu itu tiba waktu untuk melahirkan anak, lantas al-Sayuti dilahirkan di tengah-tengah buku sehingga beliau dipanggil Ibnu al-Kitab yang bermaksud anak kepada buku-buku. Dan beginilah hal keadaan al-Sayuti yang hidup dengan buku sehingga beliau bertemu dengan Allah swt.
Al-Sayuti dibesarkan dalam suasana ilmu walaupun bapanya meninggal dunia semasa beliau berusia enam tahun. Beliau belajar dengan tokoh ilmuan zamannya sehingga menjadi tokoh dalam tujuh disiplin ilmu iaitu tafsir, hadith, fiqh, nahu, ilmu balaghah( al-Maani, al-Bayan, al-Badi’).
Semasa berusia empat puluh tahun beliau memperuntukkan sepenuh masanya untuk menulis dan beribadat kepada Allah swt. Beginilah kehidupan al-Sayuti sehinga beliau wafat pada 17 Jamadil Awwal tahun 911H ketika berusia 62 tahun. Hasil usaha ini menyebabkan al-Sayuti Berjaya menghasilkan lebih dari 1194 judul tulisan berupa buku dan risalah kecil. Dalam bidang al-Quran sahaja beliau menghasilkan lebih dari empat puluh karya. Antara karya ulungnya dalam bidang al-Quran ialah al-Itqan fi Ulum al-Quran, Mu’tarik al-Aqran, Mufhamat al-Quran, Tanasuq al-Durar fi Tanasub al-Suwar, Lubab al-Nuqul fi Asbab al-Nuzul, al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir, al-Iklil fi Istinbat al-Tanzil
Metodologi Penulisan
Berhubung metodologi penulisan kitab ini, al-Sayuti menyebut di muqaddimah tafsirnya:
“ Saya telah menghimpunkan satu kitab tafsir bersanad kepada nabi saw, dimuatkan di dalamnya lebih 10 ribu hadith di antara marfu danmawquf dan telah sempurna dalam empat jilid lalu saya namakan Tarjuman al-Quran
Oleh kerana terdapat kekurangan semasa menghasilkan karya tersebut, beliau telah meringkaskannya
Tafsir al-Durr al-Manthur fi Tafsir bil Ma’thur
Al-Sayuti menulis tiga karya berhubung Tafsir bil Ma’thur
(a)Majma al-Bahrayn wa Matla al-Badrayn dan merupakan satu kitab tafsir yang besar kerana beliau menjadikan kitab al-Itqan sebagai pengantar kepada tafsir ini, sekiranya pengantar sudah banyak maka bagaimana tafsiran yang sebenar?Malangnya kitab ini tidak sampai kepada kita dan kita tidak pasti adakah al-Sayuti menghabiskannya atau tidak.
(b) Turjuman al-Quran. Dalam kitab ini al-Sayuti mengumpulkan riwayat-riwayat yang ma’thur meliputi 10000 hadith yang marfu’ dan mawquf dari Rasul saw dan para sahabat dalam empat jilid. Tafsir ini juga hilang dari khazanah perpustakaan umat Islam
(c ) Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur
Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Turjuman al-Quran. Setelah menamatkan penulisan tafsir dengan riwayat yang ma’thur, beliau melihat keperluan untuk meringkaskan tafsirnya dengan menggugurkan rangkaian perawi dan memadai dengan menyebut matan hadith yang marfu dan mawquf dalam tafsir al-Durr al-Manthur
Kitab ini ditulis sekitar 13 tahun sebelum kewafatannya seperti yang disebut dihujung tafsirnya:
“ Saya selesai menulis tafsir ini pada hari raya Aidil Fitri, tahun 898H”
Setiap tafsir dalam kitab ini merupakan riwayat ma’thurat diambil oleh Imam al-Hafiz al-Sayuti dari pelbagai buku dari kitab-kitab hadith yang sohih, sunan-sunan, musnad-musnad dan karya yang menghimpun kata-kata sahabat dan tabiin seperti musannaf Abdul Razaq dan musannaf Ibnu Abi Syaibah dan kitab-kitab tafsir yang ma’thur yang bersanad seperti tafsir al-Tabari, Tafsir Ibnu Abi Hatim, Tafsir Ibnu al-Munzir , tafsir Ibn Mardawaih, tafsir Abd bin Humayd dan lain-lain.
Dari segi metodologi, al-Sayuti hanyalah mengumpul dan menyebut riwayat-riwayat dalam tafsir tanpa mengira status riwayat tersebut sama ada sahih, daif bahkan ada riwayat yang palsu.
Sehubungan dengan ini Dr. Al-Dhahabi menyebut:
“ Al-Sayuti seorang lelaki yang tersohor dalam membawa riwayat yang banyak, walaupun dia seorang yang menguasai ilmu hadith dan ilalnya(kecacatan hadith) tetapi dia tidak memilih riwayat yang sahih sahaja dalam tafsirnya, karyanya ini perlu kepada penilaan sehingga dapat diambil isinya.

BAB 3: TAFSIR PADA ZAMAN PEMBUKUAN


BAB 3: TAFSIR PADA ZAMAN PEMBUKUAN


Tafsir pada zaman Tabiin



Tabiin merupakan generasi kedua dalam sejarah pentafsiran al-Quran kerana mereka golongan yang bertemu secara langsung dengan para sahabat. Pada peringkat ini ulasan terhadap sesuatu ayat mula ditulis dan dibukukan. Pada zaman ini perbezaan banyak dijumpai berbanding zaman sahabat. Pada terdapat tiga kumpulan besar pengajian tafsir.
(a)Madrasah Ibnu Abbas di Mekah
Antara ulama tafsir di kalangan tabiin yang terkenal ialah Said bin Jubir(m94H), Mujahid bin Jabr(m103H), Ikrimah al-Barbariy(m105H), Tawus bin Kaysan(m106H) dan Ata bin Abi Rabah(m114H).
Mujahid adalah antara para Tabiin yang menerima seluruh tafsir daripada sahabat, sebagaimana yang dikatakan oleh Mujahid.
“Aku baca seluruh Isi al-Quran kepada Ibn Abbas , aku berhenti pada setiap ayat dan menanyakan makna kepada beliau.”( Usul al-Tafsir.hal3)
(b) Madrasah Abdullah bin Masud di Kufah.
Antara pengikut Ibn Masud yang terkenal ialah al-Qamah bin Qays(m102H), Masruq(m63H), al-Aswad binYazid(m75H), Marrah al-Hamdani(m76H), Amir al-Sya’bi(m109H), Hassan al-Basri(m110H) dan Qatadah(m117H)
(c) Madrasah Ubay bin Kaab di Madinah
Pengikut kelompok ini yang paling terkenal ialah Abu al-Aliyah(m90H), Muhammad bin Kaab al-Quraziy(m118H) dan Zaid bin Aslam(m136H)
Daripada ketiga-tiga madrasah ini, mereka yang paling arif tentang tafsir ialah pengikut madrasah Mekah seperti yang disebut oleh Ibnu Taymiyyah:
“ Manakala dalam bidang Tafsir, mereka yang paling arif ialah penduduk Mekah kerana mereka adalah pengikut Ibnu Abbas seperi Mujahid, Ata’ bin Abi Rabah, Ikrimah, …
Pada zaman tabiin usaha-usaha menulis, menghimpun dan mengumpulkan pentafsiran para sahabat terhadap ayat-ayat al-Quran bermula(al-Buti74)
Ibn Jarir al-Tabari menyebut bahawa Ibn Abi Malikat pernah berkata:
“ Aku melihat Mujahid bertanya Ibnu Abbas tentang tafsir al-Quran dan dia bawa bersama-samanya papan tulis. Kata Ibnu Abbas kepadanya: “ Tuliskan… sehingga dia bertanya Ibn Abbas tentang tafsiran ayat semua sekali.
Riwayat ini menunjukkan bahawa penulisan dan pembukuan tafsir telah mula berlaku. Namun kita tidak dapat memastikan siapakah orang yang pertama membukukan tafsir.
Nilai Tafsir Zaman tabiin
Seperti yang dibincangkan sebelum ini, tafsir pada zaman sahabat adalah bergantung kepada al-Quran, al-Hadith dan ijtihad sahabat dalam keadaan tertentu dibantu penguasaan bahasa Arab pada tahap yang tinggi, pengetahuan tentang sebab turun ayat di samping ilmu yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Tafsir pada zaman tabiin juga masih mengikut metodologi pentafsiran para sahabat Cuma perselisihan pada zaman tabiin adalah lebih luas .
Antara perkembangan yang berlaku pada zaman tabiin:
(a)Riwayat ahli kitab menjadi salah satu sumber tafsir mereka.
(b) Kemunculan mazhab pada zaman tabiin member impak kepada tafsir
(c) Asas kepada tafsir bi al-Ray (dengan akal pemikiran) seperti yang dilihat dalam tafsiran Mujahid
Faktor Kelemahan Tafsir Pada zaman selepas Tabiin
(a)Kemasukan riwayat Israiliyat dalam Tafsir
Israiliyyat bermaksud berita-berita umat terdahulu atau akan datang yang diriwayatkan dari sumber ahli kitab sama ada Yahudi atau Kristian.
Contoh riwayat Israiliyyat dalam tafsir:
a)Nama Ashab al-kahf dan warna anjing mereka
b)Kayu tongkat nabi Musa dibuat dari apa?
c)Nama-nama burung yang dihidupkan Allah bagi nabi Ibrahim
d) Penentuan anggota badan lembu yang dijadikan pemukul untuk memukul orang-orang yang terbunuh
Riwayat Israiliyyat menjadi satu dari ciri tafsir pada zaman tabiin. Ini disebabkan oleh faktor ramai dari kalangan ahli kitab yang memeluk Islam menyebabkan banyak riwayat-riwayat yang bertentangan meresap dalam tafsir. Kemasukan riwayat tersebut juga berpunca dari pengguguran sanad dalam tafsir Muqatil bin Sulayman dalam tafsirnya. Beliau telah menggugurkan sanad dan memasukkan riwayat ahli kitab.
Tiga tokoh tabiin yang banyak memasukkan riwayat Israiliyyat ialah: (Lihat Ibnu Taymiyyah: Usul al-Tafsir hal.28)
(a)Kaab bin al-Ahbar
Beliau ialah Abu Ishak, Kaab bin Mati’ al-Himyari. Asalnya seorang Yahudi daripada Yaman dan memeluk Islam pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab ranhu. Kemudian berhijrah ke Syam dan meninggal dunia di Hims tahun 32Hijrah.
(b)Wahab bin Munabbih
Beliau seorang yang thiqah dan saduq, sanat banyak meriwayatkan daripada riwayat Israiliyyat
c) Muhammad bin Ishak
Beliau ialah Muhammad bin Ishak Yasir diperselisihkan dari segi thiqahnya tetapi kebanyakan mengatakan beliau adalah thiqah dan merupakan pandangan yang kuat.
Walaupun ketiga-tiga tokoh ini thiqah, apabila mereka meriwayatkan riwaya Israiliyyat maka kita akan meriwayatkannya
Hukum riwayat Israiliiyat
Pandangan pertama: Dilarang meriwayatkannya secara mutlak. Golongan ini bersandarkan kepada dalil daripada al-Quran dan hadith. Pandangan ini merupakan pandangan ahli tafsir semasa seperti Dr.Solah al-Khalidi, Syaikh Ahmad Syakir dan Syaikh Muhammad Husayn al-Dhahabi
Dr. Solah al-Khalidi telah menyebut lebih dari 17 dalil dari al-Quran, hadith dan kata-kata sahabat yang menyokong larangan riwayat Israiliyyat.
Syaikh Ahmad Syakir pula menyebut:
“ Keharusan meriwayatkan dari ahli kitab pada perkara-perkara yang kita tidak mempunyai dalil tentang kebenaran atau kepalsuannya satu perkara, manakala periwayatannya dalam tafsir dan menjadikannya sebagai satu pandangan atau makna kepada ayat atau menentukan sesuatu yang tidak dijelaskan dalam al-Quran satu perkara yang lain.
Meletakkan riwayat tersebut di samping kalam Allah, sedangkan riwayat-riwayat Israiliyyat tidak layak untuk menjelaskan maksud kalamullah, menghuraikan sesuatu yang umum di dalam al-Quran. Takutlah kepada Allah dari menulisnya di samping ayat Allah.
Walaupun rasul saw memberi keizinan kepada kita menyebut riwayat mereka tanpa membenarkan dan mendustakannya, Maka apakah layak untuk kita meletakkannya standing dengan kitab Allah sebagai penjelasan atau tafsiran?
Dr. Muhammad Husyan al-Dhahabi ketika mengulas pandangan syaikh Ahmad Syakir menyebut:
“ Saya cenderung kepada pandangan ini bagi memelihara kitab Allah dari perkara-perkara yang tidak berfaedah
Pandangan kedua: Golongan yang mengharuskan meriwayatkan Israiliyyat tanpa syarat
Pandangan ketiga: Golongan yang meletakkan syarat untuk meriwayatkan Israiliyyat
Hujah Golongan Pertama:
Dalil dari al-Quran sangat banyak antaranya.
(a) Orang Yahudi mengubah-ngubah ayat Allah menyebabkan mereka tidak amanah dari segi sejarah
Firman Allah:
41. dan (juga) di antara orang-orang Yahudi. (orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong[415] dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu[416]; mereka merobah[417] perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. mereka mengatakan: “Jika diberikan Ini (yang sudah di robah-robah oleh mereka) kepada kamu, …
[415] maksudnya ialah: orang Yahudi amat suka mendengar perkataan-perkataam pendeta mereka yang bohong, atau amat suka mendengar perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada pendeta-pendeta dan kawan-kawan mereka dengan cara yang tidak jujur.
[416] Maksudnya: mereka amat suka mendengar perkataan-perkataan pemimpin-pemimpin mereka yang bohong yang belum pernah bertemu dengan nabi Muhammad s.a.w. Karena sangat benci kepada beliau, atau amat suka mendengarkan perkataan-perkataan nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan secara tidak jujur kepada kawan-kawannya tersebut.
[417] Maksudnya: merobah arti kata-kata, tempat atau menambah dan mengurangi.
Surah al-Maidah :41
(b) Larangan al-Quran bertanya kepada ahli kitab tentang berita umat terdahulu
Firman Allah:
22. Karena itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorangpun di antara mereka.
Surah al-Kahf ayat 22
(c) Larangan al-Quran berkata sesuatu tanpa ada asas dan ilmu dan israiliyyat antara kata-kata tanpa ilmu
Firman Allah:
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Surah al-Isra’ ayat 36
Manakala hadith yang melarang antaranya:
(a)Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah berkata: Adalah ahli kitab membaca kitab taurat dalam bahasa Ibri dan menghuraikannya dalam bahasa Arab kepada orang Islam. Sehubungan dengan ini rasul saw bersabda:
“Jangan kamu benarkan ahli kitab dan jangan kamu dustakan, dan katakanlah kami beriman kepada Allah dan kami beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami.
(b) Hadith rasulullah saw yang melarang Saidina Umar membaca kitab Taurat
Hujah golongan yang mengharuskan:
Antara hujah yang menjadi sandaran golongan ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abdullah bin Amru bin al-As R.Anhuma berkata: Sampaikan dariku walaupun satu ayat, bawalah riwayat dari Bani Israel dan janganlah kamu berasa bersalah. Sesiapa yang sengaja berdusta ke atasku maka dia menempah tempat di neraka.[ al-Bukhari: Kitab Ahadith al-Anbiya’:60, Bab Ma Dhukira An Bani Israel, hadith. No. 3461.
Berdasarkan hadith ini, mereka melihat harus bagi orang Islam menyebut riwayat daripada Bani Israel dan perbuatan tersebut bukanlah satu kesalahan.
Ringkasnya pendapat ini tertolak dengan melihat rumusan yang dibuat oleh Dr Solah al-Khalidi setelah menyebut pandangan-pandangan berkaitan hadith ini dengan merumuskan maksud sebenar hadith ini ialah sampaikan kepada orang Islam tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Bani Israel, dan jelaskan kepada mereka tentang penyelewengan yang dilakukan oleh Bani Israel kerana sejarah mereka yang penuh dengan kehinaan kecuali nabi-nabi dan orang-orang soleh di kalangan mereka. Pendedahan tentang kesalahan yang dilakukan oleh Bani Israel tidaklah menjadi satu kesalahan dengan syarat membersihkan para nabi dan orang yang soleh di kalangan mereka dari melakukan penyelewengan dan kesilapan.
Kesimpulan berhubung riwayat Israiliyat, keharusan meriwayatkan dari Bani Israel tidak bermakna memberi keharusan kepada kita untuk menjadikannya sebagai riwayat ketika mentafsirkan al-Quran.
Jenis-jenis Israiliyyat
(a)Apa yang diketahui kesahihan berdasarkan ilmu yang ada pada kita.
Contoh:
“Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Abu Said al-Khudri r.Anhu berkata,
“ Bumi pada hari Qiamat akan ditelengkup oleh Allah yang maha perkasa dengan kekuasaan-Nya sehingga menjadi seperti roti sebagaimana kamu menguli roti kamu ketika kamu bermusafir . Demikianlah Allah menyediakan tempat untuk ahli syurga.
Lantas nabi saw didatangi oleh seorang lelaki Yahudi lalu berkata:
“Allah memberkatimu wahai Aba al-Qasim. Bolehkah aku beritahu kepadamu bahawa bumi akan dilipatkan menjadi seperti sekeping roti- seperti yang diperkatakan oleh nabi saw-“
Kemudian nabi SAW memandang kepada kami kemudian ketawa sehingga nampak gigi taringnya.’
(b) Apa yang dikatahui bercanggah dengan syariat Islam
Contoh: Riwayat dalam Safar Keluar tuduhan orang Yahudi bahawa nabi Harun yang membuat patung dari lembu dan memerintahkan kepada Bani Israel untuk menyembah patung lembu tersebut dan riwayat dalam Safar kejadian bahawa Allah menciptakan langit dan bumi selama enam hari dan Allah berehat pada hari ke-7 iaitu hari Sabtu kerana letih. Kedua-dua riwayat ini jelas bertentangan dengan Islam.
(c)Apa yang tidak dibincangkan dalam syariat Islam dan ianya tidak ada dalil yang menyokong atau menyanggahnya seperti riwayat Israiliyyat berhubung perincian kisah lembu bani Israel dalam surah al-Baqarah seperti siapakah lelaki yang membunuh dan bahagian daging lembu yang digunakan oleh nabi Musa ketika memukul si mati, warna anjing yang dimiliki oleh Ashab al-Kahf, ukuran bahtera yang dinaiki oleh Nabi Nuh dan dari kayu apa ianya dibuat? Jawapan kepada persoalan-soalan ini tidak ada penghujungnya kerana kita tidak mempunyai apa-apa dalil untuk menyokong atau menolaknya
Menurut Ibnu Taymiyyah kebanyakan israiliyyat dalam bentuk yang ketiga tidak ada manfaat yang dapat diambil mengenai perkara-perkara agama. Riwayat-riwayat ini menurut Dr. Adnan Zarzur ketika mengulas kitab Muqaddimah fi usul al-Tafsir sebagai mengotori halaman-halaman kebanyakan kitab tafsir.
(b) Pengguguran sanad
Pada peringkat awal pembukuan dan penulisan tafsir, tokoh-tokoh seperti Sufyan bin Uyaynah dan Waki’ bin al-Jarah menyebut sanad, kemudian golongan yang datang selepas mereka mula menggugurkan sanad dan tidak menyandarkan tafsiran kepada periwayatnya. Mereka juga tidak begitu peduli tentang riwayat yang sohih atau sebaliknya menyebabkan berlakunya percampuran antara riwayat yang sohih dan tidak sahih dalam kitab tafsir.
(c) Pemalsuan dalam riwayat tafsir
Pada zaman selepas tabiin, kemunculan aliran pemikiran aqidah yang menyeleweng telah mengakibatkan terciptanya hadith-hadith palsu dan pembohongan dalam periwayatan tafsir. Mazhab-mazhab tersebut telah mentafsirkan ayat dengan memberikan takwilan yang menyeleweng dan menisbahkan pandangan tersebut kepada tokoh-tokoh seperti Ibnu Abbas sehinggakan Imam al-sayie menyebut: Tidak ada riwayat yang thabit dari Ibnu Abbas dalam tafsir kecuali lebih kurang seratus hadith.
(b)Zaman pembukuan yang sebenar
Berikut adalah perkembangan tafsir selepas pembukuan seperti yang disebut oleh Ustaz Ahmad Rida di dalam muqaddimah tafsirnya Majma al-Bayan
Kurun ke-3 hijrah
Muhammad bin Jarir al-Tabari( Jami’ al-Bayan)
Kurun ke-4 hijrah
a)al-Naysaburi
b)Abu Hasan al-Asari
c)Ali bin Isa al-Rummani
d)Abu Hilal al-Askari
e)Abdullah bin Muhammad al-Kufi
f)Ibn Hibban
g)Ibn Furak
Kurun ke-5 hijrah
a)Abu Jaafar Muhammad bin al-Hasan al-Tusi
b)Al-Sayyid al-Syarif al-Rida al-Musawi
Kurun ke-6 hijrah
a) al-Zamahsary( Tafsir al-Kasyaaf)
b) Abu Ali Al-Fadl bin Hassan al-Tabarsi(Majma’al-Bayan)
c)Abu al-Baqa’ al-Abkari
d)Abu Muhammad al-Baghawi
e)Ibn al-Dahhan
Kurun ke-7 hijrah
a) al-Baydawi(Anwar al-Tanzil)
b) Ibn Razin
c) Syaikh Muhyi al-Din bin al-Arabi( al-Futuhat)
d)Ibn ‘Aqil
e)Muhammad bin Sulayman al-Balkhi @ ibn al-Naqib
Kurun ke-8 hijrah
a) Syaikh Badr al-Din al-Zarkasy
b)Ibn Kathir Ismail bin Umar
c)Abu Hayyan al-Andalusi( Bahr )
d)Muhammad bin Irfah al-Maliki@Ibn al-Naqqasy
Kurun ke-9 hijrah
a) al-Biqai(Nazm al-Durar fi Tanasub al-Ayy wa Al-Suwar)
b)Al-Mawla al-Jami
c)Burhan al-Din bin Jamaah
d)Ala al-Din al-Qarmani ( Bahr al-Ulum)
e) Jalal al-Din al-Sayuti
Kurun ke-10 hijrah
a) Syaikh Ali bin Yunus al-Nabati(Mukhtasar Majma’ al-Bayan)
b)Al-Allamah Ibn Kamal Basya Ahmad bin Sulayman Al-Rumi
c)Abu Saud al-Imadi( Irsyad al-Aql Al-Salim Ila Mazaya al-Kitab al-Karim
d) Syaikh Abu Yahya Zakariyya bin Muhammad al-Ansari
Kurun ke-11 hijrah
a) Syaikh Ali al-Qari
b)Syaikh Hassan al-Burini
c)Syaikh Baha’ al-Din al-Amili(Ayn al-Hayah)
d) Syaikh Khayr al-Din al-Ramali
e)Al-Syihab al-Khafaji
Kurun ke-12 hijrah
a) Syaikh Abd al-Ghani al-Nabilsi(Tahrir al-Hawi fi Syarh Tafsir al-Baydawi)
b)Sayyid Hasyim al-Bahrani(Al-Burhan fi Tafsir al-Quran)
Kurun ke-13 hijrah
a) al-Alusi( Ruh al-Maani)
b)al-Sayyid Mahmud al-Hamzawi
Kurun ke-14 hijrah
a) Syeikh Muhammad Abduh
b)Syeikh Muhammad Rasyid Rida(al-Manar)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews